Sign Guestbook   Back to Blog Rasmi Kementerian Penerangan Malaysia

NameHilbert Montel bin Apin
Date
Locationclick picture for more information
MessageSoalan saya khusus kepada Menteri Dalam Negeri. Jadi soalan saya, apakah pihak kementerian tidak berhasrat untuk mengkaji semula ataupun lebih tepat lagi menarik balik "kebebasan bersuara" yang telah diberikan kepada rakyat keseluruhannya. Pada pandangan saya, sekarang bukan sahaja kebebasan bersuara yang mereka perolehi,malah kebebasan bertindak seolah-olah negara Malaysia ini seperti tiada undang-undang lagi.,ikut suka hati saja. Kebebasan tanpa kawalan, adalah sangat bahaya. smilie


NameKijam Anak Sampok
Date
Locationclick picture for more information
MessageYB,
Saya adalah rakyat dari daerah Ngemah, Kanowit, Sarawak. Kampung saya adalah Kampung Perpindahan Nanga Ngungun, Sg. Ngemah, Kanowit. Ahli Parlimen daerah saya ialah saudara Aron Ago Dagang dan Ahli Dewan Undangan Negeri ialah Gabriel Adit Demong. Penduduk di Nanga Ngungun adalah lebih kurang 26 buah rumah panjang. Kami dikumpulkan di situ untuk membenteras kegiatan komunis dahulu. Kerajaan berjanji akan memberi pembangunan untuk kami yang dipindahkan ke situ. Tetapi sampai ke hari ini masih belum kelihatan pembangunan yang dapat menaikkan taraf hidup penduduk di situ. Pembangunan yang membebankan rakyat adalah iaitu seperti bekalan eletrik dan air. Itu semua perlukan duit untuk membayar bil pada tisp-tiap bulan. Yang kami perlukan adalah jalanraya. Setakat ini jalanraya telah dibuat hanya ke Sungai Poi tetapi jambatan merentasi sungai Kanowit dan Poi belum dibuat. Manakala jarak jalan yang belum dibuat dari Sungai Poi ke kawasan kampung saya adalah lebih kurang 17km saja. Peruntukan hanya RM30juta saja. Kalau betul YAB Perdana Menteri ada menambah RM1Billion untuk Sarawak apa salahnya buatlah jalanraya ke kampung kami. Jangan sudah terhantuk baru nak menengandah.... Tanah yang dilalui jalan itu pun sudah dibayar. Tinggal membuat jalan sahaja lagi. YB menang tanpa bertanding pun masih tak ada perubahan kawasan kami. BN apa ni YB???


NameSingaram
Date
Locationclick picture for more information
MessageI would like very much to contribute some ideas on how the Government can do during the coming budget in efforts to ease people's burden.

It is much envisaged that the Government considers:
1. Revising the relief for child to RM6k per pax, instead of only RM1k, which is no longer sufficient as living expenses per year;
2. Allowing petrol costs incurred by individual tax payer as tax-deductible expense used to offset against income (Remark: This will be fairer to heavy traveller who, in generating employment income, travels extensively.);
3. Revising relief for purchase of book to at least RM5k per pax, to encourage more citizens to equip ourselves with better knowledge;
4. At corporate level, introduce more incentive schemes to stimulate foreign investment in this nation, to create more job opportunities.

Yours faithfully,
Singaram


Namemohd reduan hassan
Date
Locationclick picture for more information
Messagesaya ialah penyokong kerajaan dan akan terus menyokong.saya juga ingin membantu pihak kerajaan dengan merancang beberapa program yang diyakini dapat meningkatkan lagi keyakinan rakyat.oleh itu saya memohon pihak tuan supaya dapat memberi peluang untuk saya...


NameWinnie Tan Yen Nee
Date
Locationclick picture for more information
Messagebolehkah saya tahu tema kemerdekaan Malaysia 2008 dan tema kemerdekaan sebelum merdeka??


Namenyong
Date
Locationclick picture for more information
MessageApakah dan bagaimanakan Kementerisn Penerangan berperanan dalam usaha menerangkan kepada umum tentang kesyumulan Islam.

Tidakkah Kementerian Penerangan merasa berdosa apabila meluluskan untuk tayangan ke atas filem-filem samaada dari luar atau tempatan yang mengandungi adengan-adengan yang bercanggahan dengan Syarak.

Pengeluaran lesen penyiaran kepada stesyen swasta adalah tanggungjawab Kementetian. Sewajarnya pihak Kementerian boleh mengenakan syarat supaya mereka menghormati sensitiviti Agama Islam kepada mereka.

Terima kasih.
Nyong808. 2008


Nameshirly
Date
Locationclick picture for more information
MessageRTM has taken great strides to make artis berjadual happy by giving them contract posts recently in newsroom ...well atleast an assurance of some stability for their future. However artis berjadual aged 50 years and over have been omitted based on the premise that there is not enough space for them according to the human resource department. These artis berjadual have been serving for more than 15 years in the organisation but the ministry does not seem to appreciate their contributions.
So what has the ministry in store for faithful long serving staff like us ? If Datuk seri abdullah can extend the retirement age of civil servants to 58years why then does the ministry of information have double standards?

CAN BUDGET 2009 MAKE ALLOCATIONS FOR STAFF LIKE US WHO HAVE BEEN LEFT OUT, smilie


NameMazlan b. Husain.
Date
Locationclick picture for more information
Message1.Mencadangkan supaya Kerajaan mengkaji utk menaikkan 'pencen ilat' PERKESO supaya selari dengan kenaikkan harga barang semasa. Kesian kpd.golongan yg .telah hilang upaya akibat bencana kerja.

2.Diharap kementerian yg terbabit tidak mengklasifikasikan 'Kuasa Kuda'(c.c)kereta sebagai ukuran kaya atau miskinnya seseorang terutamanya dlm pemberian duit RM625 selepas cukai jalan diperbaharui. Tahun diperbuat atau umur sesebuah kereta itu hendaklah turut diambil kira. Kesian kpd orang-orang kampung yg menggunakan kereta berkuasa kuda lebih dari 2000cc.Walhal kereta tersebut cuma dibeli dgn harga 4 atau 5 ribu yg diperbuat 20 tahun lepas. Mereka yg jenis ini biasanya golongan yg mempunyai ramai anak ataupun mereka yg tinggal dipendalaman yang berbukit. Dengan kereta yg berkuasa tinggi dan besar senang dan selesa bagi mereka utk menaiki bukit atau mengisi anak-anaknya yg ramai.


NameREDUAN
Date
Locationclick picture for more information
Message..SEKIRANYA ADA INDIVIDU YANG INGIN MEMBANTU PIHAK KEMENTERIAN PENERANGAN ......
BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMBALAS DARI PIHAK TUAN.


NameHilbert Montel bin Apin
Date
Locationclick picture for more information
Messagesmilie Salam sejahtera, kepada kementerian yang berkaitan dengan soalan saya ini, tetapi saya rasa kementerian Dalam Negeri khususnya dan kerajaan Malaysia amnya. Terlebih dahulu ingin saya menyatakan keresahan serta kebimbangan hati saya apabila melihat apa yang telah,sedang dan apa lagi yang akan berlaku diantara kaum di Malaysia ini. Semalam(08/08/2008,jam lebih kurang 9 pagi) di perkarangan bangunan majlis peguam,apa yang terjadi waktu itu adalah sangat menakutkan. Jadi solan saya ialah, apakah langkah-langkah yang akan kerajaan buat untuk menangani kemelut ini ? Terima kasih.


Page 5 of 7 << First < 2 3 4 5 6 7 >